Kursus membuat Blueberry Tart oleh Muslimat Bukit Kapar pada 21 dis 2013 di Infodesa Bukit Kapar. Kursus ini di kendalikan oleh Chef Faizol dari Giat Mara Klang. Seramai 25 peserta telah menyertai kursus tersebut.
Saturday, 21 December 2013
Monday, 16 December 2013
Simposium Pendakwah Muslimat Negeri Selangor 2013
Pada 16 Disember 2013, satu simposium telah di adakan di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam yang di anjurkan oleh JAIS mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Biro wanita JKKK Bukit Kapar telah menghantar 42 orang muslimat untuk menyertai simposium tersebut. Tajuk yang di bentangkan oleh ahli panel adalah berkaitan dengan ' Wanita dan Dakwah'. Ahli panel adalah terdiri dari Dr Harlia Siraj, Dato Siti Nurbahyah Mahmod,Ustazah Nurhafizah Musa, Ustaz Ahmad Bakri dan artis Hayati Hamzah. Simposium di rasmikan oleh Yb Ustaz Solehin Mohyi Exco negeri Selangor.
Monday, 9 December 2013
Kursus Roti dan Donut Remaja Bukit Kapar
Pada 09 Dis 2013 Biro Wanita Bukit Kapar telah menganjurkan kursus membuat Roti dan Donut di Pusat Masakan Serai Wangi, Bukit Kapar. Seramai 19 orang remaja perempuan telah menghadiri kursus tersebut. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan remaja kepada bidang kemahiran terutama di bidang masakan. Puan Rahimah selaku guru di Pusat Masakan Serai Wangi telah memberi tunjuk ajar kepada peserta dari mula hingga akhir kursus.
Saturday, 30 November 2013
Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor
Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor telah di adakan di Perkarangan Stadium Shah Alam Tapak Agro FEST 2013 pada hari sabtu 30 nov 2013.
Seramai 45 pasang pengantin telah terpilih menghadiri majlis tersebut. Majlis di rasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato'Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato'Menteri Besar Selangor. Turut hadir Yb Tuan Dr Ahmad Yunus bin Hair,Yb Dr Halimah bt Ali dan Yb Dr Daroyah bt Alwi.
DUN meru telah di wakili oleh pasangan pengantin dari Bukir Kapar iaitu Mohd Hazwan bin Hamzah dgn Nur Azizatul Solihah bt Zulbahrin.
Seramai 45 pasang pengantin telah terpilih menghadiri majlis tersebut. Majlis di rasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato'Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato'Menteri Besar Selangor. Turut hadir Yb Tuan Dr Ahmad Yunus bin Hair,Yb Dr Halimah bt Ali dan Yb Dr Daroyah bt Alwi.
DUN meru telah di wakili oleh pasangan pengantin dari Bukir Kapar iaitu Mohd Hazwan bin Hamzah dgn Nur Azizatul Solihah bt Zulbahrin.
Tuesday, 26 November 2013
Saturday, 16 November 2013
Program Pemeriksaan gigi percuma Bukit Kapar
JKKK Kampung Bukit Kapar telah mengadakan satu program pemeriksaan gigi percuma dengan kerjasama Klinik Pergigian Kapar pada 16 Nov 2013 jam 9.00 pagi. Dr Siti Hafizah bt Meor Ahmad (Pegawai Pergigian) dan 4 orang jururawat telah menjayakan program tersebut. Dr Hj Abd Rani bin Osman Adun Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor telah merasmikan program tersebut.
Friday, 15 November 2013
Gotong royong pembersihan Balai JKKK Bukit Kapar
Gotong royong di Balai JKKK Bukit Kapar telah dilaksanakan oleh Biro Wanita JKKK pada pagi 15 Nov 2013.
Wednesday, 13 November 2013
Aktiviti Biro Wanita Jkkk Bukit Kapar dalam program ziarah ke kariah Sebaya
Aktiviti Biro Wanita Jkkk Bukit Kapar dalam program ziarah ke kariah Sebaya.
1. Puan Rahini yang menghidap sakit jantung dan kini keadaanya stabil setelah mendapat rawatan di IJN.
2. Puan Siti Parha bt Bassar
Beliau telah mendapat rawatan di IJN dan telah menjalani pembedahan kerana injap sempit.
3. Puan Norhazimah bt Muntahar
Beliau menghidap penyakit kencing manis dan mendapat rawatan di HTAR klang. Atas nasihat doktor kini ibu jari kakinya telah di potong untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Atas rasa simpati dan prihatin Biro wanita telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada ketiga tiga pesakit tersebut.
2. Puan Siti Parha bt Bassar
Beliau telah mendapat rawatan di IJN dan telah menjalani pembedahan kerana injap sempit.
3. Puan Norhazimah bt Muntahar
Beliau menghidap penyakit kencing manis dan mendapat rawatan di HTAR klang. Atas nasihat doktor kini ibu jari kakinya telah di potong untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Atas rasa simpati dan prihatin Biro wanita telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada ketiga tiga pesakit tersebut.
Friday, 8 November 2013
Himpunan Penghulu, Ketua Kampung Tradisi dan Ajk JKKK Selangor
Pada 08 nov 2013 kerajaan negeri selangor telah mengadakan satu majlis himpunan Penghulu, Ketua Kampung Tradisi dan Ajk Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Selangor di dewan Jubli Perak Shah Alam. JKKK Kg. Bkt. Kapar telah menghantar wakil terdiri dari Ketua kampung, Bendahari, setiausaha, Biro Wanita dan Biro pendidikan untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis turut di hadiri Oleh Yb Solehin bin Muhyi, YB Mohd Yunus bin Hairi, YB Roziah bt Ismail dan YB Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor.
Tuesday, 5 November 2013
Program Spies d'village Gotong Royong Perdana
Program Spies d'village gotong royong perdana peringkat kampung Bukit Kapar telah dirasmikan oleh YB Dr Rani pada 05 nov 2013. Program bermula pada 0830 pagi di balai JKKK Kampung Bukit Kapar dengan ucapan pengerusi majlis Ust Faryzan (Ketua Biro Kebajikan JKKK) Kg Bukit Kapar. Tuan Hj Amer bin Senin telah membacakan doa. Di ikuti kata-kata aluan oleh Tn Hj Shafie bin Sulaiman ketua kampung Bukit Kapar. Program gotong royong ini temasuk membersihkan sampah sarap yg bertaburan dan memotong rumput sepanjang jalan Iskandar. Selain dari itu kegiatan memotong dan mencantas pokok pokok yang di anggap merbahaya kepada pengguna jalan raya di seluruh Kampung Bukit Kapar. Program ini turut mendapat pertolongan dan kerjasama dari MPK dengan menyediakan peralatan saperti skylift dan lori sampah bagi merealisasikan program gotong royong perdana ini. Kehadiran peserta yang terdiri dari penduduk setempat amat menggalakkan iaitu seramai 84 orang. Program berakhir pada jam 1230 tengahari. Peserta bersurai setelah menikmati juadah yang di sediakan di balai jkkk kg bukit Kapar.
Saturday, 2 November 2013
Ziarah Muslimat ke kariah Sri Jaya
Ziarah biro wanita dan kebajikan ke kariah Sri Jaya pagi ini Sabtu 02 Nov 2013.Muslimat bukit kapar telah menziarahi ustaz hasal yg baru pulang dari tanah suci kerana menunaikan ibadah haji. Kami juga menziarahi 2 org warga emas iaitu puan Muinah dari kariah sri Jaya dan puan Sadimah dari kariah sebaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)