Saturday 21 December 2013

Kursus membuat Blueberry Tart

Kursus membuat Blueberry Tart oleh Muslimat Bukit Kapar pada 21 dis 2013 di Infodesa Bukit Kapar. Kursus ini di kendalikan oleh Chef Faizol dari Giat Mara Klang. Seramai 25 peserta telah menyertai kursus tersebut.

Monday 16 December 2013

Simposium Pendakwah Muslimat Negeri Selangor 2013

Pada 16 Disember 2013, satu simposium telah di adakan di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam yang  di anjurkan oleh JAIS mulai jam 8.00 pagi hingga  1.00 tengahari. Biro wanita JKKK Bukit Kapar telah menghantar 42 orang muslimat untuk menyertai simposium tersebut. Tajuk yang di bentangkan oleh ahli panel adalah berkaitan dengan ' Wanita dan Dakwah'. Ahli panel adalah terdiri dari Dr Harlia Siraj, Dato Siti Nurbahyah Mahmod,Ustazah Nurhafizah Musa, Ustaz Ahmad Bakri dan artis Hayati Hamzah. Simposium di rasmikan oleh Yb Ustaz Solehin Mohyi Exco negeri Selangor.

Monday 9 December 2013

Kursus Roti dan Donut Remaja Bukit Kapar

Pada 09 Dis 2013 Biro Wanita Bukit Kapar telah menganjurkan kursus membuat Roti dan Donut di Pusat Masakan Serai Wangi, Bukit Kapar. Seramai 19 orang remaja perempuan telah menghadiri kursus  tersebut. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan remaja kepada bidang kemahiran terutama di bidang masakan. Puan Rahimah selaku guru di Pusat Masakan Serai Wangi telah memberi tunjuk ajar kepada peserta dari mula hingga akhir kursus.