Monday 31 March 2014

Lawatan ke Kelantan anjuran Biro Wanita JKKK Bukit Kapar dan Biro Wanita Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

Pada 27 Mac 2014  seramai 44 orang telah menaiki bas menuju ke Kelantan bermula dari Masjid At-Taqwa jam 9.00 mlm.

Di antara tempat yang di lawati ialah kediaman mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Masjid Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Di sini kami dapat melihat bagaimana Tuan Guru melakukan tahnik kepada bayi bayi yang di bawa oleh ibu bapa mereka.
Kami juga dapat solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah dari seorang Ust.

Selepas itu kami bergerak ke Kota Bharu dan tempat yang di tuju ialah laman ilmu yang mana kuliah dhuha di adakan. Tazkirah di sampaikan oleh mb kelantan.
Tempat yang  paling di gemari ialah Pasar Khadijah yang terdapat bermacam macam barang jualan.

Selain itu kami juga melawat tempat memproses serunding di Kampung Laut dengan menaiki bot. Pada waktu malam kami ke Wakaf Che Yeh.

Keesokannya kami ke Madrasah Ad-Dinniah Dakriah Pasir Tumboh.
Tempat terakhir yang sempat kami lawati ialah Masjid Jubli Perak (Masjid Beijing) untuk solat jama' dan seterusnya ke Rantau Panjang.

Progran Kebajikan Pelajar UNITEN

Program Kebajikan Pelajar UNITEN telah diadakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Meru, JKKK Kampung Bukit Kapar  dan Masjid At-Taqwa pada 23 Mar 2014 di masjid AtTaqwa.

Saturday 22 March 2014

Bengkel Pemantapan Solat Siri 2

Satu Bengkil Pemantapan Solat Siri II telah di adakan di masjid At Taqwa dengan kerjasama Skeretariat SPIES D' Village JKKK Bukit Kapar pada pagi 23 March 2014. Ustaz Mohd  Elyas bin Ismail membimbing bengkil tersebut.






Sunday 9 March 2014

Program Usahawanita Kg. Bukit Kapar

Program Usahawanita telah di adakan di Dewan Serbaguna Jln Kopi Bukit Kapar pada 09 mac 2014 jam 0830 hingga 1230 tengahari. Program ini adalah anjuran bersama Spies D'Village dan Biro Wanita Bukit Kapar. Tujuan program ini adalah untuk membantu penduduk kampung khasnya wanita supaya mendapat ilmu kemahiran saperti jahitan, masakan, facial, gunting rambut dan refleksiologi. Dengan kemahiran yang ada jika di praktikkan ia akan dpt menambah pendapatan keluarga dan mengurangkan masaalah kewangan keluarga.

Saturday 8 March 2014

Program Gotong Royong Kg. Bkt. Kapar

Program Goyong Royong 'kampungku kondusif' telah di adakan pada hari ahad 9 Mar 2014 berpusat di surau Islah Setia jaya, Kampung Bukit Kapar. Program ini di anjurkan oleh Biro Kebajikah JKKK Bukit Kapar dan dengan kerja sama kariah Setia Jaya, Kampung Bukit Kapar. Kerja kerja yang di laksanakan ialah menebang pokok pokok serta dahan yang dianggap merbahaya, membuang sampah, meletakan kelongkong untuk dijadikan tong sampah di tepi jalan dan menampal dan menurap jalan jalan yang berlubang dengan batu pasir kerikil.