Monday 31 March 2014

Lawatan ke Kelantan anjuran Biro Wanita JKKK Bukit Kapar dan Biro Wanita Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

Pada 27 Mac 2014  seramai 44 orang telah menaiki bas menuju ke Kelantan bermula dari Masjid At-Taqwa jam 9.00 mlm.

Di antara tempat yang di lawati ialah kediaman mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan Masjid Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Di sini kami dapat melihat bagaimana Tuan Guru melakukan tahnik kepada bayi bayi yang di bawa oleh ibu bapa mereka.
Kami juga dapat solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah dari seorang Ust.

Selepas itu kami bergerak ke Kota Bharu dan tempat yang di tuju ialah laman ilmu yang mana kuliah dhuha di adakan. Tazkirah di sampaikan oleh mb kelantan.
Tempat yang  paling di gemari ialah Pasar Khadijah yang terdapat bermacam macam barang jualan.

Selain itu kami juga melawat tempat memproses serunding di Kampung Laut dengan menaiki bot. Pada waktu malam kami ke Wakaf Che Yeh.

Keesokannya kami ke Madrasah Ad-Dinniah Dakriah Pasir Tumboh.
Tempat terakhir yang sempat kami lawati ialah Masjid Jubli Perak (Masjid Beijing) untuk solat jama' dan seterusnya ke Rantau Panjang.

No comments:

Post a Comment