Saturday 20 February 2016

INFO BIRO BELIA & SUKAN
Hari ini sabtu 20 Feb 2016 satu Bengkel ASAS HIAS KEK CAWAN telah berjalan dengan lancar. Program Khusus untuk Beliawanis yang dianjurkan oleh Biro Belia & Sukan, JKKK kampung Bukit Kapar ini mendapat sambutan daripada para beliawanis Kampung Bukit Kapar. Semoga Beliawanis-beliawanis Kampung Bukit Kapar dapat mengambil manfaat daripada program-program yang dianjurkan oleh Biro Belia & Sukan, JKKK Kampung Bukit Kapar pada masa-masa akan datang.
INFO KETUA KAMPUNG
Lawatan kerja Ketua-Ketua Kampung Daerah Sepang ke Kg Bukit Kapar pada 19.02.2016. Seramai  lebih kurang 36 peserta datang ke Kg Bukit Kapar sempena Kg Bukit Kapar dinobatkan sebagai juara Kampung Tradisi Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2015. Peserta dibawa melawat ke kandang kuda, pusat sukan memanah(Meru Riding Club) dan gelanggang gasing. Turut hadir Yb Dr Rani bin Osman dan Pegawai Daerah Sepang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sepang dan penghulu-penghulu mukim Daerah Sepang...