Tuesday 29 April 2014

Malam Kesenian Dan Kebudayaan


Malam Kesenian Dan Kebudayaan sempena Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim Dato Menteri Besar Selangor ke Daerah Klang pada 25 Apr 2014 hari  jumaat di Dewan MPK
Pekan Meru Klang (08.30 mlm - 10.30 mlm).

Wednesday 23 April 2014

Rumah En. Mahmud terbakar

Pada 22 apr 2014 YB Dr Abd Rani Bin Osman telah datang menziarahi En Mahmud Bin Bahari yg di timpa musibah iaitu rumah beliau terbakar hangus. YB  turut di iringi oleh Ahli Majlis Ust Najihan, Ketua Kampung Bkt Kapar, Ketua Kampung Meru, Ketua Kampung Bukit Kerayong dan Muslimat Bukit Kapar. YB  telah menghulurkan sumbangan berupa wang dan makanan bagi meringankan beban mangsa.

Friday 18 April 2014

Program ziarah warga emas

Pada 15 April 2014 satu usaha ziarah warga emas oleh Biro Muslimat JKKK di Kampung Bukit Kapar. Senarai warga emas yang telah di ziarahi:
1.  Siti Sami Bt Husin - Lot 6430 jln Sebaya, sakit barah payudara
2.  Seaiah Bt Yaakob - No 37, lot 6397 Jln Kempas, patah tulang - masuk besi
3.  Suriani Bt Pairan - No 71 Jln Setia Jaya, kemalangan dan patah tulang peha - masuk besi

Saturday 12 April 2014

Kuliah Khas Dhuha "Meruntun Qalbu"

Pada  hari ahad13 April 2014 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1435  jam 0830 pagi satu program Kuliah Khas Dhuha "Meruntun Qalbu" telah di adakan di Surau Darul Aman, Jalan Kopi, Bukit Kapar. Kuliah Dhuha telah di sampaikan  oleh Ustaz Shuib. Program ini telah dijayakan atas kerjasama Masjid At-Taqwa, JKKK Bukit Kapar dan Surau Darul Aman.

Agenda :
- Solat Dhuha
- Kuliah Khas Dhuha "Meruntun Qalbu".
- Meraikan Fakir Miskin.

Monday 7 April 2014

Kursus Memasak JKKK

Pada 5 & 6 april 2014 Biro Wanita JKKK Bukit Kapar telah menganjurka kelas masakan di MRTC Bukit Kapar. Seramai 22 orang telah hadir menyertai kelas tersebut. Guru yang membimbing ialah Puan Nadia dari Giatmara Klang. Beliau telah menunjukkan cara membuat tiga resepi iaitu Cupcake, Moist Chocolate Cake dan Red Velvet Cake.