Saturday 31 May 2014

Program Untukmu Wanita & Kesihatan

Satu program Untukmu Wanita & Kesihatan telah diadakan pada 1 Jun 2014 jam 10 pagi bertempat di Dewan orang ramai Jalan Kopi anjuran Pusat  Wanita Berdaya dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Meru dan Biro Wanita JKKK Meru.

Monday 5 May 2014

Sambutan Hari Ibu dan Guru

Pada 4 Mei 2014 Masjid At-Taqwa Bukit Kapar telah menganjurkan satu program khas sempena Hari Ibu dan Guru.
Pelancaran Kempen Jom Tutup Aurat telah di lancarkan pada hari ini oleh YB Dr Hj Abdul Rani Bin Osman.
Forum khas sempena hari ibu dan guru telah disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Musa sebagai ahli panel pertama dan Ustazah Nurida Salleh sebagai ahli panel kedua. Manakala Dr Rusni pula sebagai moderator tajuk forum ialah "tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia'.
Puan Fatonah bt Shamsudin telah di pilih sebagai tokoh ibu manakala Ustazah Zainab bt Kamari di pilih aebagai tokoh guru. Kehadiran bukan saja dari Bukit Kapar tetapi ada juga yg datang dari Cheras dan Meru. Kehadiran di anggarkan lebihkurang 600 orang.

Sunday 4 May 2014

Program Ibu dan Guru 2014

Program Ibu dan Guru 2014 di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar








Kelas masakan - Chocolate Mould

Kursus Chocolate Mould dan Chocolate Rocher telah diadakan di MRTC Bukit Kapar pada 3 & 4 Mei jam 9.00 pg dan di bimbing oleh chef dari Giatmara Klang. Peserta kursus terdiri dari muslimah JKKK Bukit Kapar.

Kelas masakan - Chiken Chop & Spaghetti

Kursus masakan barat saperti chicken chop set, carbonara sphagetti dan pineapple upside down cake telah di adakan pada hara sabtu dan ahad 12 & 13 Apr di MRTC Bukit Kapar jam 9.00 pg hingga 4.00 ptg. Chef Fadhil dari Giatmara Kang telah membimbing kursus tersebut.

Kusus Rawatan Muka

Kursus Rawatan Muka dan penjagaan diri telah diadakan di MRTC bukit kapar pada hari selasa 21 April jam 9.00 pagi.kursus telah di kendalikan oleh Pn Haslinda dan Pn Suzanna dari Mary Kay. Peserta adalah terdiri dari muslimat bukit kapar yang berminat utk mengikuti kursus tersebut. 

Kursus Ushawan di MRTC Bukit Kapar

Pada 28 & 29 April 2014 satu Kursus Usahawan telah di jalankan di MRTC Bukit Kapar. Kursus ini ada kali pertama di usahakan dengan kerjasama Muslimat JKKK Bukit Kapar.