Saturday 30 November 2013

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor telah di adakan di Perkarangan Stadium Shah Alam Tapak Agro FEST 2013 pada hari sabtu 30 nov 2013.
Seramai 45 pasang pengantin telah terpilih menghadiri majlis tersebut. Majlis di rasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato'Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato'Menteri Besar Selangor. Turut hadir Yb Tuan Dr Ahmad Yunus  bin Hair,Yb Dr Halimah bt Ali dan Yb Dr Daroyah bt Alwi.
DUN meru telah di wakili oleh pasangan pengantin dari Bukir Kapar iaitu Mohd Hazwan bin Hamzah dgn Nur Azizatul Solihah bt Zulbahrin.

Tuesday 26 November 2013

Saturday 16 November 2013

Program Pemeriksaan gigi percuma Bukit Kapar

JKKK Kampung Bukit Kapar telah mengadakan satu program pemeriksaan gigi percuma dengan kerjasama Klinik Pergigian Kapar pada 16 Nov 2013 jam 9.00 pagi. Dr Siti Hafizah bt Meor Ahmad (Pegawai Pergigian) dan 4 orang jururawat telah menjayakan program tersebut. Dr Hj Abd Rani bin Osman Adun Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor telah merasmikan program  tersebut.

Friday 15 November 2013

Gotong royong pembersihan Balai JKKK Bukit Kapar

Gotong royong di Balai JKKK Bukit Kapar telah dilaksanakan oleh Biro Wanita JKKK pada pagi 15 Nov 2013.

Wednesday 13 November 2013

Aktiviti Biro Wanita Jkkk Bukit Kapar dalam program ziarah ke kariah Sebaya

Aktiviti Biro Wanita Jkkk Bukit Kapar dalam program ziarah ke kariah Sebaya. 
1. Puan Rahini yang menghidap sakit jantung dan kini keadaanya stabil setelah mendapat rawatan di IJN.
2. Puan Siti Parha bt Bassar
Beliau telah mendapat rawatan di IJN dan telah menjalani pembedahan kerana injap sempit.
3. Puan Norhazimah bt Muntahar
Beliau menghidap penyakit kencing manis dan mendapat rawatan di HTAR klang. Atas nasihat doktor kini ibu jari kakinya telah di potong untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Atas rasa simpati dan prihatin Biro wanita telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada ketiga tiga  pesakit tersebut.

Friday 8 November 2013

Himpunan Penghulu, Ketua Kampung  Tradisi dan Ajk JKKK Selangor

Pada 08 nov 2013 kerajaan negeri selangor telah mengadakan satu majlis himpunan Penghulu, Ketua Kampung Tradisi dan Ajk Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Selangor di dewan Jubli Perak Shah Alam. JKKK Kg. Bkt. Kapar telah menghantar wakil terdiri dari Ketua kampung, Bendahari, setiausaha, Biro Wanita dan Biro pendidikan untuk hadir ke majlis tersebut. Majlis turut di hadiri Oleh Yb Solehin bin Muhyi, YB Mohd Yunus bin Hairi, YB Roziah bt Ismail dan YB Tan Sri Khalid Ibrahim menteri besar Selangor.

Tuesday 5 November 2013

Program Spies d'village Gotong Royong Perdana

Program Spies d'village gotong royong perdana peringkat kampung Bukit Kapar telah dirasmikan oleh YB Dr Rani pada 05 nov 2013. Program bermula pada 0830 pagi di balai JKKK Kampung Bukit Kapar dengan ucapan pengerusi majlis Ust Faryzan (Ketua Biro Kebajikan JKKK) Kg Bukit Kapar. Tuan Hj Amer bin Senin telah membacakan doa. Di ikuti kata-kata aluan oleh Tn Hj Shafie bin Sulaiman ketua kampung Bukit Kapar. Program gotong royong ini temasuk membersihkan sampah sarap yg bertaburan dan memotong rumput sepanjang jalan Iskandar. Selain dari itu  kegiatan memotong dan mencantas pokok pokok yang di anggap merbahaya kepada pengguna jalan raya di seluruh Kampung Bukit Kapar. Program ini turut mendapat pertolongan dan kerjasama dari MPK dengan menyediakan peralatan saperti skylift dan lori sampah bagi merealisasikan program gotong royong perdana ini. Kehadiran peserta yang terdiri dari penduduk setempat amat menggalakkan iaitu seramai 84 orang. Program berakhir pada jam 1230 tengahari. Peserta bersurai setelah menikmati juadah yang di sediakan di balai jkkk kg bukit Kapar.

Saturday 2 November 2013

Ziarah Muslimat ke kariah Sri Jaya

Ziarah biro wanita dan kebajikan ke kariah Sri Jaya pagi ini Sabtu 02 Nov 2013.Muslimat bukit kapar telah menziarahi ustaz hasal yg baru pulang dari tanah suci kerana menunaikan ibadah haji. Kami juga menziarahi 2 org warga emas iaitu puan Muinah dari kariah sri Jaya dan puan Sadimah dari kariah sebaya.