Tuesday 5 November 2013

Program Spies d'village Gotong Royong Perdana

Program Spies d'village gotong royong perdana peringkat kampung Bukit Kapar telah dirasmikan oleh YB Dr Rani pada 05 nov 2013. Program bermula pada 0830 pagi di balai JKKK Kampung Bukit Kapar dengan ucapan pengerusi majlis Ust Faryzan (Ketua Biro Kebajikan JKKK) Kg Bukit Kapar. Tuan Hj Amer bin Senin telah membacakan doa. Di ikuti kata-kata aluan oleh Tn Hj Shafie bin Sulaiman ketua kampung Bukit Kapar. Program gotong royong ini temasuk membersihkan sampah sarap yg bertaburan dan memotong rumput sepanjang jalan Iskandar. Selain dari itu  kegiatan memotong dan mencantas pokok pokok yang di anggap merbahaya kepada pengguna jalan raya di seluruh Kampung Bukit Kapar. Program ini turut mendapat pertolongan dan kerjasama dari MPK dengan menyediakan peralatan saperti skylift dan lori sampah bagi merealisasikan program gotong royong perdana ini. Kehadiran peserta yang terdiri dari penduduk setempat amat menggalakkan iaitu seramai 84 orang. Program berakhir pada jam 1230 tengahari. Peserta bersurai setelah menikmati juadah yang di sediakan di balai jkkk kg bukit Kapar.

No comments:

Post a Comment